Kelab Jerman itu meletakkan harga £60 juta pound (RM328 juta) untuk Aubameyang malah turut memberitahu Arsenal mereka perlu mendapat pengganti dengan Giroud pilihan utama.
Dortmund masih bertarung mendapatkan slot Liga Juara Juara (UCL) dan jika Aubameyang mahu menyertai Arsenal jaguh Jerman itu mahu seorang
penjaring berkaliber sebagai ganti untuk melonjak kembali ke pentas
saingan Eropah.
Arsenal
menawarkan £45 juta pound (RM247 juta) untuk Aubameyang dan rundingan
antara pegawai kelab masih berterusan di Jerman untuk menyelesaikannya.
Dortmund mahukan Giroud musim panas lalu dan penyerang Perancis itu mengakui perpindahan itu menarik minatnya tetapi Aubameyang akhirnya masih kekal bersama kelab itu.
Rundingan dianggap sukar tetapi Aubameyang bersetuju dengan syarat perpindahan menyaksikannya menerima gaji sekitar £200,000 (RM1.09 juta) seminggu jika berhijrah ke Emirates.