“KAMI
taubat dan insaf serta tidak akan mengulangi lagi perbuatan ini selepas
niat mulanya ingin menakutkan budak yang pulang dari mengaji dan rakan
melepak di taman bertukar sebaliknya apabila ditahan polis dan didenda
melompat seperti hantu pocong."
Begitu kata Mohd Imran Mohammad, 16, yang menyamar menjadi hantu pocong sekadar suka-suka untuk menakutkan orang ramai bersama rakannya tidak kesampaian selepas ditahan polis yang meronda di Bukit Pinang, Alor Setar, Jumaat lalu sehingga tular di media sosial.
Mohd Imran berkata, idea itu datang daripada rakannya, Muhammad Eyzani Johari, 18, sebelum dirinya dibalut dengan selimut bersama dua lagi rakannya, Muhammad Ramadhan Fitri Shuib, 15, danNabil Asyraf Hussain, 14.
Menurutnya, dia dibalut dengan selimut dan diikat seperti hantu pocong di tempat lepak mereka di stor simpanan getah skrap di Kampung Padang Kunyit, Bukit Pinang.
"Selesai dibalut seperti hantu pocong kami terus menaiki dua motosikal di mana Eyzani yang menunggang motosikal sementara saya membonceng.
"Kami kemudian terus meronda kampung dengan niat ingin menakutkan budak-budak yang pulang dari mengaji," katanya ketika ditemui di rumah saudaranya di Kampung Padang Kunyit, Bukit Pinang, Alor Setar, hari ini.
Katanya, selepas itu mereka kemudian keluar ke jalan besar untuk mengusik rakan-rakan yang sedang melepak di Taman Pinang Jaya namun tidak kesampaian apabila ditahan anggota polis yang sedang meronda dengan motosikal.
"Saya kemudian dibawa ke pekan Bukit Pinang sebelum didenda kira-kira 15 minit melompat seperti hantu pocong.
"Perasaan ketika itu sangat malu tambahan kami langsung tidak sempat mengusik sesiapa sepanjang menyamar itu," katanya.
Menurut Mohd Imran, ini kejadian kali pertama dilakukannya dan selepas didenda mereka berempat dibawa ke Balai Polis Kepala Batas sebelum dibebaskan 1 pagi selepas dinasihat pihak polis.
"Polis menasihatkan kami supaya tidak mengulangi perbuatan ini kerana membahayakan nyawa orang lain jika ada yang mengalami masalah sakit jantung.
"Saya minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini kerana sudah serik selepas ditahan polis," katanya.
Sementara itu, Eyzani berkata, idea itu datang daripadanya secara spontan pada malam itu dan Imran sendiri menawar diri untuk dibalut menjadi hantu pucong dan menyesal dengan perbuatan mereka itu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kejadian itu dan mereka yang ditahan itu diberi nasihat sebelum dibebaskan.
"Kita mendapati perbuatan mereka itu hanya budak-budak nakal dan tiada niat untuk melakukan jenyah mencuri atau sebagainya," katanya.