BERLIN:
Pemain sayap, Leon Bailey tampil cemerlang ketika membantu Bayer
Leverkusen meraih kemenangan 4-1 ke atas Hoffenheim, malam tadi.Pemain Jamaica berusia 20 tahun itu membuktikan sebab sebenar kenapa Manchester United, Chelsea dan Arsenal berebut mahu mendapatkan khidmatnya.
Pemain itu membuka jaringan pertama perlawanan sebelum Julian Baumgartlinger turut merekod nama sebagai penjaring gol kedua Leverkusen.
Kemenangan itu membolehkan Leverkusen naik ke tangga kedua Bundesliga.
“Kami gembira untuk mendapat tiga mata yang langsung tidak dijangka,” kata jurlatih Leverkusen, Heiko Herrlich.
