Atlet
pelapis berbasikal Perlis meninggal dunia selepas basikalnya terbabas
ketika berlatih di jalan berbukit dekat Jalan Wang Kelian, Padang Besar,
jam 1.30 tengah hari, hari ini.
Ku Hasbullah Ku Abdul Rahman, 18, berasal dari Chuping maut di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Ghazani Abdul Ghani berkata, siasatan awal mendapati mangsa terbabas ketika menuruni bukit.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang menjalani latihan seorang diri hilang kawalan dan terbabas sendiri sebelum berlanggar penghadang jalan ketika menuruni bukit di Jalan Wang Kelian.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan ketika kemalangan terbabit berlaku tiada kenderaan lain yang turut terbabit," katanya ketika dihubungi.
Ghazani berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan Ku Hasbullah terbabit dalam kemalangan seorang diri.
"Bedah siasat mayat mangsa dijalankan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sebelum dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengebumian," katanya.