TUJUH
penjawat awam terdiri daripada empat anggota polis, anggota Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM), jururawat dan pembantu tadbir di tahan
selepas didapati positif syabu dalam operasi khas di pusat hiburan di
Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur, hari ini.
Operasi bermula 3 pagi dan berakhir kira-kira lima jam kemudian itu turut menahan 16 anggota polis termasuk dua anggota polis bantuan di premis berkenaan.
Bagaimanapun, 16 anggota polis itu dibebaskan selepas diambil keterangan dan ujian air kencing mereka didapati negatif dadah.
Menurut
sumber , operasi berkenaan dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal
Perisikan Narkotik (STING) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)
serta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bagi
mengesan penyalahgunaan dadah di pusat hiburan terbabit.
“Polis melakukan pemeriksaan terhadap 505 pengunjung pusat hiburan terbabit termasuk pekerjanya dan hasil saringan awal ujian air kencing mendapati 54 pengunjung berusia 18 hingga 50 tahun positif dadah.
“Operasi terbabit juga mengesan tujuh penjawat awam berusia 20 hingga 40 an positif dadah jenis methamphetamine (syabu) dan semua yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wang untuk tindakan lanjut,” katanya..
Menurutnya, selain penjawat awam, polis juga menahan dua gadis bawah umur berusia 17 tahun di pusat hiburan berkenaan dan kedua-duanya positif dadah.
Selain itu, polia merampas 20pil Ecstacy seberat 7.06 gram bernilai RM800.
“Berikutan itu, polis akan melakukan siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.