Enam jahanam dihukum mati

ANGKOK: Enam dihukum mati hari ini kerana terbabit dalam insiden pembunuhan kejam seorang ketua kampung dan tujuh anggota keluarganya.
Antara terbunuh dalam kejadian Julai tahun lalu termasuklah tiga kanak-kanak perempuan berusia empat hingga 11 tahun disebabkan pertikaian tanah.
Dalam kes pembunuhan mencetuskan kemarahan orang ramai itu, sekumpulan lelaki bertopeng serta bersenjata merempuh masuk ke pekarangan kediaman pemimpin tempatan terbabit, Worayuth Sanlang di Krabi pada Julai 2017.
Kumpulan terbabit mengikat tangan serta menutup mata anggota keluarganya.
Mereka dijadikan tebusan selama beberapa jam sementara menunggu Worayuth pulang dan sebaik sahaja beliau tiba di rumahnya, suspek terus menembaknya dan tujuh anggota keluarganya di bahagian kepala.
Tiga lagi anggota keluarga bagaimanapun terselamat termasuk seorang wanita berpura-pura mati selepas peluru tersasar berhampiran telinganya.
Mahkamah berkata, pembunuhan itu timbul akibat pertikaian tanah antara Worayuth dan ketua kumpulan berkenaan, Surikfat Bannopwongsakul.
Thailand masih melaksanakan hukuman mati namun kali terakhir banduan dikenakan hukuman itu pada 2009.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Mac 2018 @ 4:21 PM
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==