“Maafkan Cikgu Marah-Marah Awak…” – Ingatkan Murid Sengaja Tak Buat Kerja Sekolah, Rupa-Rupanya…


Profesion sebagai seorang guru bukanlah calang-calang pekerjaan yang boleh diambil mudah. Hal ini adalah kerana guru, selain mendidik, perlu menjadi seorang pemerhati yang baik.
Namun begitu, dengan jumlah pelajar yang ramai, ia menjadi satu cabaran besar buat guru untuk memberikan sepenuh perhatian kepada setiap pelajar. Melalui perkongsian di Facebook, baru-baru ini seorang guru telah tersalah anggap kepada muridnya yang lambat menyiapkan kerja rumah.
Menurut perkongsian Ameera Nabilah yang merupakan seorang guru sekolah rendah, terdapat seorang muridnya yang sering dimarahinya kerana tidak membuat kerja rumah.
Rupa-rupanya, pelajar itu mempunyai masalah tersendiri kerana tidak dapat membaca dengan lancar dan lambat menulis.
Melalui entri tersebut, Ameera telah menyatakan rasa bersalah dan  memohon maaf kerana tidak menyedari hal ini lebih awal.
Murid yang tidak dinyatakan namanya itu dirakam sedang membaca dan menulis secara terbalik sekaligus punca kelewatan dalam menyiapkan kerja sekolahnya terjawab.
Entri Ameera juga menunjukkan betapa dia sebagai guru kagum dengan murid tersebut yang tetap berusaha menyiapkan tugasan yang diberikannya untuk guru dan terutamanya untuk dirinya sendiri. Ameera juga berjanji untuk berusaha bersama-sama dengan muridnya tambah-tambah lagi selepas mengetahui hal yang sebenar.
Situasi seperti ini menunjukkan betapa mencabarnya menjadi seorang guru. Guru perlulah sentiasa memerhati dan mencari punca disebalik kelakuan seseorang murid di dalam kelas bagi memastikan tiada sesiapa pun antara mereka yang tertinggal di
dalam pembelajaran.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==